Tambunan, Sabah.
Daerah Tambunan merupakan salah satu daerah yang ada di Sabah, Malaysia. Daerah Tambunan lazimnya berada di kawasan pedalaman sabah dan ia terletak sejauh 81 KM dari Kota Kinabalu. Tambunan merupakan salah satu tempat yang sangat terkenal di Sabah kerana merupakan tempat yang banyak sejarah dan terkenal dengan keunikannya yang tersendiri. Gambar berikut merupakan gambar kedua pahlawan di daerah Tambunan selain Mat Salleh. Nama Tambunan diperolh daripada gabungan nama kedua pahlawan tersebut iantu Gombunan dan Tamandu (Tam-Bunan).
Selain itu, daerah Tambunan juga amat dikenali kerana merupakan salah satu destinasi pilihan pelancong. Hal yang demikian kerana Tambunan mempunyai banyak tempat yang menarik untuk dikunjungi serta dipenuhi dengan keindahan flora dan fauna. Pemandangan sawah padi tersebut telah diamil oleh peduduk Tambunan sendiri iaitu Farrel Fanuel.
Air Terjun Mahua
Tambunan View Point ( Sinurambi Tambunan )
Menara Sinurambi adalah salah satu tempat menarik di Tambunan. Sinurambi bermakna “mempersonakan” dalam bahasa Dusun. Pada tahun melawat Tambunan 2017, Sinurambi dijadikan sebagai ikon utama. Masa akan datang tempat ini akan menjadi lebih meriah dengan siapnya pembangunan berdekatan menara.
Menara yang berketinggian 17 meter dibina dengan kos RM500,000 dan melibatkan 2 fasa. Datuk Joseph Pairin Kitingan, anak jati Tambunan adalah orang pertama yang mencetuskan idea pembinaan menara ini. Ianya sebagai salah satu langkah mempromosikan daerah Tambunan sebagai antara tempat tarikan pelancong.
Menara ini dibina dengan menggunakan besi dan aluminium yang seterusnya diwarnakan mengikut konsep warna buluh yang terdapat di Tambunan. Rekabentuk Sinurambi adalah inspirasi daripada wakid iaitu sebuah bentuk bakul yang sering dipikul oleh orang tempatan bagi membawa barangan. Wakid ini banyak digunakan orang tempatan pergi ke kebun, sawah, pasar ataupun tamu.
Gunung Trus Madi
Gunung Trusmadi yang terletak di Tambunan, Sabah merupakan gunung kedua tertinggi di Malaysia selepas Gunung Kinabalu yang juga terletak di Sabah. Gunung Trusmadi mempunyai ketinggian setinggi 2,642 meter (8,669 kaki).[1]
Gunung Trusmadi mempunyai hutan Dipterokarp Bukit, hutan Dipterokarp Atas, hutan Montane, dan Hutan Ericaceous atau hutan gunung. Terdapat banyak flora di gunung ini yang mempunyai nilai perubatan, contohnya Nepenthes macrophylla.
Pendakian Gunung Trusmadi boleh dilakukan melalui tiga laluan:-
1. Laluan Kaingaran (Tambunan): berjarak 4.9 km daripada titik mula ke puncak.
2. Laluan Mastan (Keningau): berjarak 4.3 km daripada titik mula ke puncak.
3. Laluan Mannan (Sinua, Sook): berjarak 11.3 km daripada titik mula ke puncak.
Gunung Wakid
Gunung Wakid adalah gunung yang kedua tertinggi di kawasan daerah Tambunan, selepas Gunung Alab (1,500 meter).[1] Gunung ini terletak di Kampung Sunsuron dan mempunyai ketinggian 1,372 meter dan dikelilingi hutan tebal yang menghijau. Di atasnya ada sebuah tiang salib yang didirikan beberapa dekad yang lalu. Gunung Wakid terletak berhampiran Kampung Sunsuron. Hutan sekelilingnya telah dikekalkan bagi melindungi gunung ini sebagai kawasan tadahan air dan sumber hasil hutan, yang penting bagi penduduk sekitar.
Merurut penduduk tempatan pada masa dahulu seorang nenek ("Odu-Odu") mendaki gunung Wakid untuk mencari hasil hutan. Apabila dia hilang, seluruh penduduk kampung pergi mencari, tetapi hanya menjumpai bakul buluhnya ("wakid") (bakul buluh yang digunakan penduduk tempatan bagi mengumpul buah dan sayuran). Begitulah gunung Wakid mendapat namanya.
Batu Gong, Kampung Solibog PENEMUAN batu besar berukuran satu meter panjang dan dua kaki lebar lebih 20 tahun lalu di Sungai Pegalan, Kampung Solibog, lima kilometer dari pekan Tambunan, dianggap misteri kerana apabila dipalu, ia mengeluarkan bunyi seperti alat muzik gong. Kini, batu itu menjadi kebanggaan penduduk apabila kampung berkenaan sentiasa dikunjungi orang ramai termasuk pelancong asing untuk melihat serta memalu batu unik terbabit.
Batu dinamakan batu gong itu kini ditempatkan di bawah jagaan Adrian Pontou, 41, di rumahnya di tepi Sungai Pegalan. Adrian berkata, batu gong itu ditemui kira-kira 20 tahun lalu ketika kerja penyelenggaraan tebing Sungai Pegalan apabila jengkaut yang digunakan untuk kerja terbabit mengenai batu ini.
ohh..nanti saya pergi Tambunan ni..haha
BalasPadammenarik
Nice Lena!
BalasPadam