Negeri Sabah sangat terkenal dengan keunikkannya yang tesendiri, tidak kira dari segi pelancongan ataupun ekonomi dan tidak terkecuali juga makanan tradisional Sabah yang semakin mendapat perhatian pada masa kini. Oleh itu, blog ini akan memaparkan kan makanan tradisional Sabah yang semakin popular kini.
1. Hinava
Hinava atau Hinava Ginapan merupakan makanan tradisional bagi suku kaum Kadazan-Dusun di Sabah. Bagi suku kaum Bajau dari pantai timur Sabah, Hinava dikenali sebagai Kinilau. Makanan ini disediakan sama seperti mana Sushi dari Jepun disediakan. Ianya merupakan hidangan yang mana bahan utamanya ialah isi ikan segar yang tidak dimasak tetapi dibersihkan dengan cuka atau limau dan dicampur dengan bahan-bahan lain seperti biji buah Bambangan, cili merah, halia, bawang merah dan garam. Ikan yang digunakan selalunya ikan tenggiri dan kadang-kala ikan Yu. Disebabkan ikan Yu antara spesis hidupan laut yang diancam kepupusan, makan ikan Tenggiri menjadi pilihan utama. Kadang-kala, ikan boleh digantikan dengan hidupan laut yang lain seperti udang dan sotong. Oleh kerana bahan-bahan dari laut seperti ikan, sotong dan udang tidak dimasak, bahan-bahan tersebut mestilah dalam keadaan segar.
Hinava selalunya dihidangkan sebagai menu harian dan menjadi hidangan wajib untuk hari-hari istimewa seperti majlis perkahwinan atau hari keramaian seperti Pesta Menuai. Ia lebih enak dimakan begitu sahaja atau dimakan bersama nasi yang masih panas atau bersama sambal pedas. Makanan ini boleh didapati di restoran atau gerai makanan tempatan dengan harga yang murah dan berpatutan. Terdapat juga hotel-hotel terkemuka di Sabah yang menyediakan makanan ini untuk diperkenalkan kepada pelancong yang datang ke Sabah.
2. Tuhau
Ambuyat adalah sejenis makanan tradisional di kalangan masyarat di Sabah. Menurut cakap-cakap orang, makanan ambuyat yang asli ini berasal dari negara jiran kita iaitu negara Brunei. Di Sabah dan negeri sarawak ianya mempunyai nama panggilan yang berlainan, hal ini disebabkan kedudukan geografi dan kawasan yang jauh dari bandar, menyebabkan kepelbagaian nama dalam makanan ambuyat ini. Sesetengah kaum di sabah memanggil nya Linut. Kaum Kadazan, Murut, Dusun, Bajau di Sabah juga mempunyai variasi dalam menyediakan juadah ambuyat. Kebiasaanya ia menjadi sajian utama selepas nasi. Bagi kaum Bugis pula ianya dikenali sebagai Kapurung tetapi cara penyediaan yang bebeza. Ini kerana kapurung dimakan secara berkuah. Ambuyat berasal dari bahagian batang dalam sagu sawit. Ia adalah bahan berkanji yang hambar sama seperti ubi kanji.
Tahukan anda? Suatu masa dulu, hari-hari istimewa seperti perkahwinan serta hari keramaian kaum di sabah menjadikan ianya hidangan menu harian dan hidangan wajib.
Di Brunei, sagu rumbia dikenali sebagai ambulung. Untuk menghasilkannya, proses mengarus selama sehari perlu dilakukan.Bagaimanapun, hari ini ambulung boleh didapati di pasar atau tamu dalam bentuk paket.
Bahan utama yang diperlukan untuk membuat ambuyat ialah Tepung Sagu & Air Panas. Tepung sagu yang biasanya boleh di beli di tamu-tamu dalam bentuk paket perlu dileraikan atau dihancurkan. Tepung Sagu juga biasanya boleh didapati di Pasar raya seperti Bataras.
Dengan sukatan air panas, tepung sagu berkenaan dikacau hingga menjadi kenyal. Ia berwarna jernih dan sedikit melekit. Ambuyat tidak perlu dikunyah, ianya boleh ditelan terus. Rasanya tawar, tetapi ia bergantung pada kuah dan menjadikannya sedap jika kuah lebih masam atau pedas. Tambahan pula ambuyat biasanya dimakan dengan menggunakan kayu penyepit tempatan yang dikenali sebagai candas. Ambuyat enak dimakan ketika masi panas dan dicicah dengan ikan bakar, ikan rebus atau ulam-ulaman.
Ulasan
Catat Ulasan